Meh kita blajar linux
Aku tau kat luar sana ramai otai otai linux.. tapi bior lah .. aku bukan nak tunjuk pandai . sekadar nak share ilmu ngan bebudak baru .. nak kembangkan apa yang di panggil open source dan freedom. Ramai yang kata linux kalau tang server.. mmg dia king.. tapi bab grafik ngan desktop tak leh lawan windows atau mac os. Aku rasa la, bagi la peluang kat linux dan open source nih berkembang.. linux baru je 10 tahun lebih lahir.. maka tak hairan la dia masih serba serbi kurang.. dan aku rasa dengan bantuan ramai pihak dan hacker seluruh dunia. tak mustahil linux akan menjadik king dalam segala aspek.
Linux bermula sekitar tahun 1991 . Build from scrach ( aku tak tau nak translate dlm BM ) oleh seorg pelajar universiti finland ( universiti helsinki ).Nama mamat tu ialah Linus Benedict Torvalds. Asal ceritanya, dia sebenarnya bosan menggunakan Minix. Minix ialah operating system untuk semua pelajar universiti ( budak sc komputer la ) kaji. Sebab terhad dan tak byk yang boleh di perluaskan. Minix nih sebenarnya dibangunkan oleh seorang prof, nama dia Andrew S. Tanenbaum. Dulu dulu, Unix system kena beli. Prof Andrew buat satu model yang sama ngan Unix yang di panggil Minix untuk pembelajaran Operating System dkt universiti. kira kira clone Unix la nih.
Prof Andrew
Berbalik kepada Linus, dia sebenarnya mahu perluaskan penggunaan Minix utk menjadi sama seperti perisian home user yang glamer masa tu ialah windows. tu pasal dia create satu OS baru berbekalkan source code Minix sebagai rujukan. Bermula dengan mencipta kernel (otak OS ) yang berbentuk monolitic berbanding minix yang menggunakan microkernel. beliau telah berjaya port os dkt sistem komputer beliau pada masa tu. waktu tu . command prompt jer.. ada bash ngan gcc ( gnu c compiler ).

linus
Sebenarnya sebelum linux lahir lagi, gerakan free software ( GNU) mmg dah lama wujud, gerakan ini dipimpin oleh RIchard Stallman atau nama sebenarnya Richard Matthew Stallman a.k.a RMS. RMS la yang provide GCC nih.

Stallman ( boleh berbahasa Indonesia ) -dulu kerja kat Massachusetts Institute of Technologysebagai programmer
Melihat akan lahirnya Linux. maka ramai kaki kaki hackers di dalam Internet seantoro dunia pakat pakat tgk tengok source code dia. masa tu linus post sorce code kat internet dan dia org bleh download dan adjust la untuk menyesuaikan OS tersebut ngan sistem masing masing.
From: torvalds@klaava.Helsinki.FI (Linus Benedict Torvalds)
Newsgroups: comp.os.minix
Subject: What would you like to see most in minix?
Summary: small poll for my new operating system
Message-ID: <1991Aug25.205708.9541@klaava.Helsinki.FI>
Date: 25 Aug 91 20:57:08 GMT
Organization: University of Helsinki
Hello everybody out there using minix -
I’m doing a (free) operating system (just a hobby, won’t be big and professional like gnu) for 386(486) AT clones. This has been brewing since april, and is starting to get ready. I’d like any feedback on things people like/dislike in minix, as my OS resembles it somewhat (same physical layout of the file-system (due to practical reasons) among other things).
I’ve currently ported bash(1.08) and gcc(1.40), and things seem to work. This implies that I’ll get something practical within a few months, and I’d like to know what features most people would want. Any suggestions are welcome, but I won’t promise I’ll implement them ![]()
Linus (torvalds@kruuna.helsinki.fi)
PS. Yes – it’s free of any minix code, and it has a multi-threaded fs. It is NOT protable (uses 386 task switching etc), and it probably never will support anything other than AT-harddisks, as that’s all I have
.
Kernel
Linux adalah kernel .. kernel adalah satu software yang menjadi tulang belakang OS yang membolehkan software lain berinteraksi dengan hardware.. jadi kernel suatu benda yang penting. kalau di teliti dalam sejarah.. aku ada kata gerakan opensource nih dah lama wujud.. dan apa yang mereka buat. mereka ini berjuang untuk software yang free .. free di sini bukan bermaksud percuma semata mata.. tetapi Freedom .. mungkin ada di kalangan kita yang pernah dengar os linux di jual dengan harga Rm 15 . yup untuk cover kos kos la. gerakan ini byk membuat software software dan org lain boleh upgrade lagi software tersebut ke tahap yang lebih baik. dan pada masa itu, mereka ( stallman ) ada usaha untuk membuat kernel sendiri .. (Gnu/Hurd) . oleh kerana kepopularan linux kernel pada masa itu . so dah jadik GNU/linux . .maknanya semua org boleh tgk source code dia dan upgrade .. tapi bukan sesuka hati . .. stil di bawah pemerhatian linus. maka, banyak software dari opensource diportkan di atas kernel linux .. hasil gabungan linux dan free software .. maka wujud la distro distro seperti redhat, debian, mandrake, suse dsb
Server Dan Desktop
Aku nak cerita pasai server dulu lah. Sbb kalau bercerita pasai bab server nih sebenarnya panjang dan berjela jela, kita nak kena tau pasai bash programming la, library file la, group id la . root dsb. Dan aku tau ramai antara kita bukan la techi punye org.. ( technical ). ramai tau klik klik klik jerk.. so bab server nih aku hanya akan bagi tau sepintas lalu dan sepadat yang mungkin. Kalu berjela jela gak tulisan aku, what can i say.
Server
Ada beberapa server asas yang perlu diketahui
- Webserver
- Ftp Server
- Database Server
- Proxy Server
- File/Printer Server
- Firewall
- Mail Server
- Remote Access
- LDAP
- News Server
Destop
Linux dah power dah skrg, tak macam dulu dulu, x windows pun dah setaraf dengan window$. Aku sebagai pengguna Linux Desktop sememangnya ingin menarik perhatian pengguna windows untuk merasai kepoweran dan ketereran linux desktop. Mungkin ramai yang tak mahu beralih dari windows ke x desktop kerana banyak perisian yang advance masih tak wujud atau masih di dalam proses development. Tapi percaya lah, beri masa untuk linux buktikan bahawa, kami lah juara antara juara.
Untuk kegunaan biasa, banyak software free yang wujud dalam Linux desktop
Perisian Pejabat
Openoffice dari sun mircosystem boleh menggantikan Ms Office. Suite yang lengkap.
Abiword, perisian text processing yang lite dan simple
Multimedia
XMMS
Mplayer
Xine
ripper X
K3B
Live Cd
Kalau tak bersedia lagi untuk install linux ke dalam hdd, boleh cuba dulu guna live cd. baca bab live cd kat bawah. Yang penting PC anda mesti lah di setkan CD-ROM (firstboot ) dalam cmos . Tak reti nak set first boot? senang jerk. Bila bukak pc, tekan delete ( bg pc yang di assemble sendiri ), bagi branded pc, biasanya tekan F1 atau F2. Sila rujuk manual Motherboard masing masing. Tak de manual la bang. Mintak kat kedai yang ko beli pc. Mana boleh manual tak bagi. Pekedai/penjual PC wajib bagi manual perkakasan PC yang di beli oleh pelanggan. Kalau dia org tak nak bagi. Report kat Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna.
Dewasa ini, live cd banyak menarik perhatian ramai kaki linux dalam internet. Asalnya Live Cd ini adalah untuk mengantikan bootdisk yang menggunakan disket. Kegunaan Live cd pada mulanya untuk kecemasan iaitu memasuki sistem dengan menggunakan boot cd sekirannya sistem Linux mengalami kerosakan atau kesilapan semasa membuat setting. Di dalamnya terdapat kernel,terminal dan beberapa autoscript.
Knoppix yang berasal dari jerman memulakan inovasi ini dengan memajukan lagi live cd dengan memasukkan satu script yang membolehkan ruangan directory yang sama seperti dalam konvansional installation iaitu ada var, usr, dsb di cipta di dalam memori. Bukan setakat terminal dan script tertentu sahaja boleh digunakan dalam live cd ini. bahkan xwindows juga boleh digunakan tanpa install terlebih dahulu linux ke dalam hard disk. Dan tanpa Hard disk pun boleh guna x windows.. dengan syarat RAM korang mestilah besar sedikit at least 256 MB.
Melihat akan kejayaan Knoppix dalam memajukan live cd yang mana menggunakan Distro Debian sebagai base mereka dalam pembangunan Linux Live Cd, orang perseorangan atau Distro yang minat dengan live cd turut mengembangkan lagi kemeriahan dengan membina live cd dari pelbagai Distro Linux yang ada. Ada di antara mereka membuat script baru yang lebih bagus dari script yang dicipta oleh Knoppix.
Aku menggunakan beberapa jenis distro live cd yang mana sememangnya sangat best antaranya ialah:
- Kanotix
- Slax
- Oshiri-X
Base kepada Knoppix, tetapi telah diupgrade dengan pelbagai driver dan pelbagai kebolehupayaan. Termasuklah wireless lan. Boleh tambah perisian dengan mendownload perisian pasang siap dalam pengkalan data knoppix.
Kecik je size dia, kalau versi dulu 190MB.. skrg 170MB jerk. Bleh muat dalam 8cm mini cd. walaupun kecik, tetapi boleh tambah program lain dengan mendownload modul ( MO ).
Live cd nih base on Kanotix, di remastering balik oleh kawan aku – Oshiri – bleh download kat www.mambang.org
Dikirim oleh syumul 


